Waktu memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 8 biji
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm tepung roti
  • 20gm gula
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh yis kering
  • 140ml susu segar
  • 20gm mentega
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
  • Serbuk gula secukupnya
 
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2. Selepas itu, buat lubang di tengah. Masukkan susu dan yis kering. Kacaukan sedikit.
3. Masukkan pula mentega dan kacau sehingga sekata
4. Selepas itu keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.
5. Uli sehingga tidak melekat ditangan
6. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik atau kain lembab. Biar naik dua kali ganda
7. Bila sudah naik, canaikan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Rehatkan 5 minit. Tekap dengan acuan bulat dan lubangkan di tengahnya.
8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
9. Golekkan di atas serbuk gula tadi dan sedia dihidangkan.