Sunday 20 January 2013

Kawanku

Pada mula aku masuk kolej aku seorang diri je. Tapi bila dah kenal kawan sebilik aku rasa persahabatan tu ada.
Aku dapat kawan yang ramai  iaitu adhwa, yatie,ayu dan kawan2 yang lain. Pendek kata kawan tu penting untuk kita kerana kawan tu boleh mengadu,bermanja-manja dan lain-lain. Tapi aku gembira sangat dapat kawan yang baik dengan aku. Kadang-kadang aku mengusik kawan-kawan aku. Aku juga banyak tolong kawan-kawan ni tapi kawan je tidak tahu berterima kasih kepada aku. Kalau aku tahu kawan aku macam ni aku tidak tolong dah ni tapi apakan daya Allah sahaja yang tahu aku buat semua ni ikhlas jew.
Semenjak aku belajar di Kolej Teknogi Bestari aku dapat kenalan dengan kawan-kawan baru dan kakak seniar. Kakak seniar sangat baik dengan aku sampai la sekarang termasuk la kak ros, kak fathia, kak atin, kak iffah dan kak-kak yang lain. Tetapi sekarang aku sudah berhenti belajar semasa diploma kerana aku dapat pointer rendah.. memang bagi orang lain ok tapi aku rasa pointer aku tu rendah dan teruk..Aku juga tidak dapat pinjaman MARA .Mak aku pulak tidak mengizinkan aku mengambil pinjaman PTPN. Tetapi aku dapat bersambung belajar tetapi dalam bidang kemahiran. Aku tidak kisah sangat bidang apa-apa pun tapi asalkan aku tidak bosan duduk di rumah. Minggu depan aku masuk dekat tempat belajar baru tetapi aku ambil bidang kemahiran seni kulinari.Aku harap aku belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya..Kalau boleh samapai boleh kerja sendiri untuk masa hadapan yang kelak .. Semasa aku hendak berpindah kawan-kawan aku sedih melihat aku. Aku memberi kata-kata semangant untuk kawan-kawan aku.

Tentangku 2

Aku pun memberi gambar yang si dia minta . Sampai sekarang aku dan si dia bercouple tapi kalau boleh sampai ke anak cucu..Aku dan si dia merancang hendak kahwin tapi aku tidak tahu mak dan ayah aku restui ke tidak. Jika restui aku gembira itupun kalau ada jodoh dengan si dia dan jika tidak ada jodoh aku redha je tetapi aku harap sangat aku ada jodoh dengan si dia..Aku tahu kita merancang tapi Allah menentukan jodoh kita dengan sesiapa pun. Semalam aku menelefon si dia dan bercakap dengan adik kepada si dia. Adik si dia tu berumur 4tahun. Sudah pandai bercakap. Aku sukakan budak-budak ni.. Aku tidak sabar rasa hendak kahwin tetapi aku kan masih belajar. Banyak yang nak pelajari dan jauh lagi masa depan ku tapi si dia tetap menungguku. Aku tidak kisah la sesiapa yang si dia pilih dalam hidup si dia janji aku tumpang gembira untuk si dia..Si dia faham keadaanku.Aku harap aku dengan si dia kekal ke akhir hayat..




Saturday 19 January 2013

Sejak ku kenal dengan si dia hatiku mula berdebar-debar. Aku bertanya di dalam hatiku adakah aku sudah jatuh cinta tapi apakan daya Tuhan yang mengetahui..Semenjak ku kenal si dia aku di tatiuc, mula-mula kami berkawan . Lepas pulang dari sekolah si dia menelefon ku dan bertanyakan aku dah berpunya ke belum..Aku pun menjawab "dah ada.tapi nak putus kerana nak tumpukan pada pelajaran".Aku pula bertanya "knp?Nak couple kew.."..Si dia mula menjawab"yela".Aku pun beritahu.."boleh tp lepas exam spm"..Selepas spm aku mula bercouple dengan si dia..Si dia mula meminta gambar ku untuk menunjuk gambar kepada mak si dia..bersambung.....